Wednesday, May 22, 2013

Tuesday, May 21, 2013

PAS Kelantan Mulai Tidak Setuju Dengan Taktik Demo JalanRaya Anwar Ibrahim

KOTA BHARU 19 Mei - Kerajaan Pas Kelantan menolak sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan melalui cara kekerasan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati," katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ahmad mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta agar proses pilihan raya dihormati dan rakyat diminta tidak menggunakan kekerasan bagi menjatuhkan kerajaan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Khalid berkata, polis telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.

Tunku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan mendakwa, pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan turut menggesa pihak berkenaan pada masa sama menghormati pilihan yang telah dibuat oleh rakyat Kelantan.

Jika pilihan yang dibuat oleh rakyat Kelantan pun tidak dihormati dengan menyekat pelbagai hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Kelantan, bagaimanakah pilihan rakyat di tempat-tempat lain boleh dihormati?," soalnya.

Beliau mengambil contoh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini dengan mendakwa kewujudan jabatan itu tidak menghormati pilihan rakyat kerana wujud kerajaan dalam kerajaan.

Jadi hormatilah pilihan rakyat dan ini masa untuk bekerja demi kebaikan rakyat," katanya.

Meskipun cuba dipolitikkan oleh Pas, namun, kewujudan JPP di Kelantan telah menyaksikan banyak projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat negeri ini secara langsung dapat dilaksanakan, antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan banyak lagi.


Demi Maryam Sofea, Rakyat Malaysia Perlu Boikot Air Asia #BoikotAirAsia


Izan Suhaila Mohd. Ali mendukung anaknya Maryam Sofea Mohd. Reza berusia 14 bulan ketika berada di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.

Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

"Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat.

"Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kisah malang kedua-dua beranak itu menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya http://www.mazidulakmal.com hari ini.

Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian serta menyaksikan insiden itu berkongsi secara terperinci apa yang berlaku dan dengan sinis mempertikai sikap lepas tangan syarikat penerbangan tersebut.

Menerusi blognya, Mazidul Akmal menulis: "Adakah kejadian berlaku, bukti nyata nasib penumpang sah pesawat AirAsia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati?

Jika wanita di dalam gambar di atas tidak terbabit dengan syarikat penerbangan tambang murah itu, mengapakah mereka bertugas di pintu 18 terpampang logo AirAsia? Maaf, kerana saya amat jarang menaiki pesawat AirAsia, justeru memerlukan sedikit pencerahan."

Dalam pada itu, Norhamiza meluahkan rasa syukurnya kerana kepayahan Izan Suhaila mendapat pembelaan MAS dan Tourism Malaysia yang menghulurkan bantuan walaupun pada hakikatnya inisiatif tersebut patut diambil AirAsia.

"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam Sofea membawa penyakit sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bersama-samanya. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam Sofea.

"Saya kesal dengan sikap AirAsia atas apa yang terjadi terhadap ahli keluarga saya. Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada orang lain pula," katanya.




Monday, May 20, 2013

Beza Gaji Ahli Parlimen Malaysia & Singapura

Persoalannya, ramai orang jarang mendengar ahli ahli parlimen PAS, PKR dan DAP memberi sumbangan dan derma pada masyarakat. Yang pernah didengari mereka buat ceramah dan kutip duit. Rupanya, mahal juga gaji ahli parlimen PAS ini, cuma mereka hanya pandai berceramah politik sahaja tetapi sumbangan kepada rakyat amat kurang.

Sambut Hari Guru Dengan Potong Kek Berlogo PAS

Apa sudah jadi dengan guru yang membuat tindakan fanatik sebegini. Mereka akan mendidik anak bangsa tetapi sudah tidak boleh membedakan antara politik kepartian dengan amanah sebagai seorang guru.

Sudah pasti jika ada tindakan yang mahu diambil, mereka akan katakan itulah kebebasan berpolitik. Berpolitik biarlah berpada jangan sampai rosak generasi bangsa


Mansuh Dewan Negara, Bukti DAP Ada Agenda Besar Untuk Mansuhkan Perlembagaan Negara

1) Cadangan Karpal ini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab bagi seorang yang berkecimpung dalam bidang perundangan.

2) Jelas sekali tidak menghormati Institusi Raja sebagai Ketua Negara.

3) Membuktikan secara jelas, rancangan jangka panjang DAP adalah untuk mengubah perlembagaan negara.









Sunday, May 19, 2013

Saturday, May 18, 2013

Adam Adli Sudah Ditahan Polis Kerana Rancang Keganasan Jalanraya



Rakyat Singapura & United Kingdom Iktiraf Keputusan Pilihan Raya Malaysia, Baca Kisah Ini


Pembangkang di Malaysia perlu membaca dan mengkaji beberapa keputusan pilihan raya yang telah berlaku di beberapa buah negara. Usah memalukan diri sendiri bila gagal menerima fakta dan hakikat.

Di Singapura, keputusan pilihan raya pada 2011 menyaksikan parti PAP hanya mendapat undi popular sejumlah 60.1% sahaja berbanding pembangkang. PAP kuasai 81 daripada 87 parlimen tetapi hanya mendapat undi popular sejumlah 60.1% sahaja. Berbanding pembangkang yang mendapat hanya 6 kerusi tetapi mendapat 39.9% undi popular. 




Contoh kedua adalah keputusan pilihan raya di  United Kingdom pada 2010. Lihat pada keputusan undi popular dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh Parti Konservatif, Parti Buruh dan Parti LDP. 

LDP mendapat 23% undi popular tetapi hanya menang 57 kerusi  (9%) daripada 650 kerusi. 

Parti Buruh mendapat undi popular sejumlah 29% tetapi dari segi peratusan kerusi adalah 258 (40%) daripada 650 kerusi.  

Parti Konservatif mendapat undi popular sejumlah 36% tetapi dari segi kerusi adalah sejumlah 306 kerusi (47%). 




Di Singapura dan United Kingdom, pihak yang kalah menerima keputusan dengan baik tanpa mempertikainya di atas jalan raya.

Mereka tidak melompat di atas jalan untuk kutuk sistem demokrasi negara mereka sendiri. Habis pilihan raya, mereka memfokuskan usaha untuk memaju dan membangunkan negara.

Mereka faham tentang undi popular dan majoriti menang mengikut jumlah kerusi di parlimen. Jika kalah, tunggulah 5 tahun lagi untuk mencuba nasib lagi.

Di negara ini, ada pihak yang sudah kalah dan mahu memperbodohkan rakyat dengan membuat "logik akal" mereka sendiri. Menuduh, menghasut dan memperlekehkan sistem demokrasi. 

Sedangkan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan parti yang menang sudah pun mengangkat sumpah. Sistem demokrasi yang sama digunakan di tiga negeri tersebut. 

Rakyat jangan mudah terpedaya dengan tipu helah mereka. Malu jika rakyat di Singapura dan United Kingdom melihat ada rakyat Malaysia yang masih lagi tidak faham amalan demokrasi. 

Terimalah hakikat, jagalah nama negara. Fokuslah kepada pencapaian Wawasan 2020, lagi 7 tahun misi itu perlu dicapai secara bersama.

Fahami Perancangan Arab Spring Yang Mahu Dibuat PKR

Lihat Video Ini, Elakkan FlashMob Keganasan Yang Dirancang Pembangkang

Ketua Polis Negara Yang Baru Dihina Oleh Penyokong Pembangkang


Jangan diberi muka pada orang sebegini. Wajar dikenakan tindakan tegas agar menjadi pengajaran kepada yang lain. Mereka cuba mencabar kedaulatan undang - undang negara (Rukun Negara yang ke-4). 

Sekarang sudah semakin banyak wujud budaya biadap pada penguasa undang-undang. Mereka perlu diajar akur dengan Rukun Negara. Dengan menghormati Rukun Negara dan mengaplikasikan rukun rukunnya barulah negara ini akan berada dalam keadaan yang stabil dan baik. 

Ngeh Koo Ham Perlekeh Orang Melayu Luar Bandar


Dalam twitternya bertarikh 17 Mei 2013, jam 8.56 malam, Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen DAP Beruas) dengan jelas menulis ramai orang luar bandar dan miskin mengundi BN. Siapa yang dimaksudkan oleh Ngeh tersebut?

Yang tinggal di luar bandar majoritinya adalah orang Melayu. Mengapa perlu bersifat rasis dengan menuduh orang luar bandar sebagai miskin dan sebagainya? 

Tuduhan Ngeh Koo Ham ini adalah tuduhan palsu. Harga barang tidak naik seperti mana yang dituduh. Sudah pun disahkan oleh KPDNKK (baca sini). Ngeh Koo Ham memang terbukti rasis dengan menuduh orang Melayu sedemikian. 

Itu pun ada lagi orang Melayu di bandar yang hendak sokong DAP? Sedarlah, siapa sebenarnya DAP. Bila sudah dapat kuasa, parti PAS pun tidak dipandangnya. Bukan sekali, tetapi dua penggal. PAS hanya melukut di tepi gantang di Pulau Pinang. 

Friday, May 17, 2013

Nik Amar Kata Ada Pengundi PRU13 Yang Munafik

3 Pilihan Raya Kecil Akan Diadakan Selepas Ini.



Demam pilihan raya umum ke-13 baru 12 hari berlalu, namun khabarnya ada tiga kawasan akan diadakan semula pilihan raya kecil berikutan kes mahkamah tiga orang wakil rakyat pembangkang. 

Mereka yang terbabit dipercayai akan terlucut jawatan selaku wakil rakyat kerana kes mahkamah tersebut seterusnya memberi laluan untuk pilihan raya kecil diadakan. Maklumat lanjut tiga orang wakil rakyat tersebut adalah seperti berikut.

Sultan Johor Beri Amaran Keras Pada DAP




Sultan Johor Memberi Amaran – DAP & Troopers Jangan Cuba Menghina Perintah Baginda

1. Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Setakat ini sudah beberapa Facebook Pages yang menghina keputusan Baginda Sultan Johor sudah telah dikesan.

2. Oleh itu , keputusan untuk melantik Datuk Tee Siew Keong adalah atas jemputan Baginda Sultan Johor sendiri dan sekirannya penyokong – penyokong dan troopers DAP mahu membangkitkan serta mempertikaikan isu ini maka hal ini adalah satu penghinaan kepada perintah baginda Sultan Johor.

3. MCA masih berpegang teguh kepada janji dan prinsip parti mereka untuk tidak berada dalam kabinet kerajaan namun dalam isu kerajaan negeri Johor adalah diluar kawalan MCA kerana MCA lebih mengutamakan penghormatan kepada Instutisi Beraja dan Kedaulatan mereka untuk tidak menetangnya pelawaannya.

4. Diharapkan supaya penyokong dan Siber Troopers DAP tidak melampaui batas mereka demi kepentingan politik sehingga keputusan Baginda Sultan Johor hendak mereka politikkan.

5. Sekirannya gambar dan berita politik ini tidak dipadamkan maka diharapkan ada pihak yang mampu untuk melaporkan kepada pihak Surunhanja Komunikasi Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Video Eksklusif Lahad Datu Yang Belum Pernah Ditonton Sebelum Ini

"Pengundi Hantu" Mahu Saman Laman Web Pembangkang


Respon Rakyat Terhadap Kabinet Baru Persekutuan

Pembangkang Terkantoi Memfitnah Kerajaan Bangladesh


Ini Sebabnya PAS Kalah Di Kedah


Statistik Integriti & Persepsi Rasuah Yang Perlu Dibaca Oleh Semua Rakyat Malaysia


Sebelum Hendak Buat Demonstrasi, Penyokong PAS Perlu Baca Kenyataan Ini


Anwar Ibrahim Patut Ditahan Kerana Ucapan Dalam Video Ini




Penganalisis Sifatkan Kabinet Baru Malaysia Antara Yang Terbaik




Thursday, May 16, 2013

Wan Azizah Hendak Letak Jawatan Dalam PKR







KUALA LUMPUR 15 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail wajar melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang ekoran kejayaan jentera pakatan pembangkang mempertahankan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu selepas dipimpin oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam berkata, Wan Azizah juga disaran mengakui kegagalannya di peringkat nasional dan dalam masa sama sedia mengiktiraf kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan tersebut.

Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez:

Ekoran kejayaan jentera pakatan pembangkang dan PKR Selangor yang dipimpin Azmin mempertahankan Selangor, maka adalah amat wajar agar Wan Azizah berjiwa besar dengan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan datang.

Beliau juga disaran agar mengakui kegagalannya di peringkat nasional secara terbuka, bertindak profesional dan sedia mengiktiraf ketinggian kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan ini.

Walaupun secara dasarnya Azmin hanya timbalan presiden, namun beliau telah berjaya memenangi kedua-dua kerusi yang ditandinginya - DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak. Malah, beliau juga berjaya memimpin jentera pakatan dan PKR Selangor sehingga berjaya memenangi dua pertiga kerusi DUN Selangor.

Sebaliknya, Wan Azizah selaku presiden pula gagal kerana tidak berani bertanding sebarang kerusi walaupun hanya kerusi DUN.

Beliau harus segera berhenti mengaibkan dan membebankan parti. Adalah sesuatu yang amat memalukan kepada organisasi parti politik mana sekalipun apabila presidennya bukan seorang Ahli Parlimen atau ADUN.

Hakikatnya, cara berpolitik Wan Azizah kini tidak lagi relevan untuk menarik anak muda dan mahasiswa kepada perjuangan PKR. Sifat hipokrit, cemburu dan busuk hati yang sebati dalam dirinya tidak digemari dan disenangi oleh mereka.

PKR memerlukan seorang pemimpin lengkap seperti Azmin sebagai presiden untuk memimpin hala tuju dan masa depan perjuangan parti.

‘Branding’ rakyat bahawa PKR sebagai sebuah parti keluarga haruslah dielakkan. Ini kerana imej sesebuah parti yang berteraskan legasi kekeluargaan dan nepotisme telah dianggap sesuatu yang tidak bermoral di kaca mata dunia dan negara-negara Barat.

Maka, saya menyeru kepada setiap ahli dan pimpinan yang masih terus istiqamah dan setia bersama perjuangan ini agar bersedia memberi sokongan penuh kepada Azmin selaku presiden baharu.

Pengkhianatan dan penghinaan kali kedua kepada Azmin tidak harus dibiarkan berlaku sekali lagi.

Karpal Singh Tidak Setuju Dengan Tindakan Anwar Ibrahim Untuk Buat Demonstrasi Jalanan


Karpal bantah guling kerajaan guna kekerasan


Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan. 

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 
Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13). 

Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus. 

“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati. 

“Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13... pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah,” katanya kepada BH. 

Sebuah portal berita, kelmarin, memetik Haris sebagai berkata mereka akan menggulingkan kerajaan dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang dijadualkan seawal Jumaat atau Sabtu ini. 
Karpal berkata, demonstrasi jalanan secara tidak langsung akan mencetuskan kekecohan walaupun ia dianjurkan dengan aman. 

“Macam mana mahu jatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan? DAP menentang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan,” katanya. 

Siapa Pengganti Abdul Wahid Di Maybank?


Siapa pengganti Abdul Wahid di Maybank?


Calon dalaman lebih sesuai teruskan dasar transformasi

BERIKUTAN pelantikan Presiden dan Ketua Eksekutif Malayan Banking Bhd (MAYBANK), Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perhatian kini bertumpu kepada siapakah yang bakal di lantik menggantikan beliau menerajui kumpulan perbankan terbesar Malaysia itu. 

MAYBANK dalam kenyataannya semalam berkata, Lembaga Pengarah kumpulan perbankan itu akan mengenal pasti pengganti yang sesuai bagi Abdul Wahid, dan pengumumannya akan dibuat dalam tempoh terdekat. 
Namun, mengikut sumber, beberapa pengurusan kanan kumpulan perbankan itu dilihat sebagai berpotensi untuk mengisi jawatan berkenaan. 

Mereka ialah Datuk Abdul Farid Alias, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz dan Datuk Khairussaleh Ramli. 

Abdul Farid, 44, kini ialah Timbalan Presiden dan Ketua Perbankan Global MAYBANK, manakala Tengku Zafrul adalah Ketua Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd, cabang pelaburan bagi kumpulan perbankan itu. 

Khairussaleh Ramli, 45, pula ialah Pengarah Presiden Bank Internasional Indonesia (BII). 

Sumber itu berkata, lembaga pengarah MAYBANK lebih menjurus untuk melantik calon dari dalam untuk mengisi jawatan berkenaan bagi memastikan dasar sedia ada yang diterapkan selepas transformasi yang dibuat oleh Abdul Wahid sejak 2008 diteruskan. 
“Pengganti terbaik buat masa ini adalah daripada calon dalaman bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan pelan transformasi ke arah mengukuhkan kedudukan MAYBANK sebagai peneraju perkhidmatan kewangan serantau. 

“Dalam hal ini, ketiga-tiga mereka itu dilihat sebagai calon terbaik untuk menggantikan Abdul Wahid,” katanya kepada BH semalam. 

Sumber industri itu berkata, Abdul Farid mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam perbankan pelaburan dan pasaran modal berikutan perkhidmatannya dengan pelbagai bank perdagangan dan pelaburan. Beliau juga pernah berkhidmat dengan Khazanah Nasional Bhd dari 2005 hingga 2008 sebagai Pengarah Pelaburan. 


14 tahun pengalaman


Tengku Zafrul pula mempunyai pengalaman luas dalam perbankan pelaburan dan korporat dalam institusi utama sejak lebih 14 tahun lalu, manakala Khairussaleh Ramli yang bertanggungjawab bagi prestasi perniagaan dan pertumbuhan BII sejak April tahun lalu sebelum itu adalah Ketua Pegawai Kewangan MAYBANK. 

Di samping calon dalaman itu, terdapat juga spekulasi bahawa jawatan peneraju MAYBANK itu akan diisi oleh calon dari luar. 

Antara yang disebut-sebut ialah Pengarah dan Ketua Eksekutif Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS), Datuk Abdul Rahman Ahmad. Ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai sektor, termasuk pernah menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Media Prima Bhd dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB). 

Bagaimanapun seorang sumber lain berkata, Abdul Rahman mungkin tidak akan mengisi jawatan itu kerana kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang pelaburan dan memulihkan syarikat amat diperlukan di EKUINAS, iaitu, syarikat ekuiti persendirian milik kerajaan yang bertanggungjawab menggalakkan pegangan ekuiti dan pembabitan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang berdaya saing. 

“Kontrak perkhidmatan beliau baru saja diperbaharui untuk tempoh tiga tahun lagi awal tahun ini,” kata sumber itu. 

Sementara itu Pengerusi MAYBANK, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dalam kenyataan yang dikeluarkan kumpulan perbankan itu berkata, beliau bagi pihak lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan mengucapkan tahniah kepada Abdul Wahid atas pelantikan beliau ke dalam kabinet. 

Beliau berkata, pihaknya yakin Abdul Wahid akan melaksanakan tugasan barunya dengan sebaik-baiknya. 

“Perlantikan ini adalah satu penghormatan kepada kepimpinan dan keupayaan Abdul Wahid, yang berupaya menerajui MAYBANK sejak lima tahun lalu. 

“Beliau telah memainkan peranan penting dalam menerajui transformasi MAYBANK mulai 2008 serta pengembangan di peringkat serantau, sekali gus menjadikan MAYBANK syarikat paling bernilai di Bursa Malaysia, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dan hari ini bank ke-13 paling kukuh di dunia,” katanya.

Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.1% Untuk Suku Tahun Pertama

Malaysiakini Pun Setuju Dengan Kajian The Edge, Anwar Perlu Berundur Dari Politik